Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerima kritikan hebat daripada peminat bola sepak tempatan apabila gagal memastikan keadaan padang berada di tahap terbaik menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 esok.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, mereka turut memohon maaf kepada Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua peminat bola sepak  negara terutamanya penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, PSM juga mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memperbaiki padang tersebut selepas berakhirnya konsert Coldplay.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki atau mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu,.

“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata kenyataan rasmi SPM.

Kenyataan PSM itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dan ada juga mendesak agar Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac letak jawatan dengan segera.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sempat ‘menyindir’ pengurusan PSM apabila mendakwa formula Pengerusi, Datuk Hans Isaac agak ‘menjadi’.

“Standard yang baik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Nampaknya formula anda menjadi Hans Isaac,” tulis TMJ.

Para peminat percaya padang tersebut rosak teruk dan kekurangan rumput di bahagian tengah akibat ‘dihenyak’ oleh penganjuran konsert minggu lalu.

Sudah terlambat jika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mahu menukar venue perlawanan itu biarpun permukaan padang kini bertaraf kampung.