Wartawan Ben Jacobs mendedahkan Manchester United telah cuba sedaya upaya membantu memudahkan perpindahan Jadon Sancho.

Menurut Jacobs, United malah bertindak mengurangkan harga pemain itu hampir setiap minggu dengan harapan ada kelab yang mahukan Sancho. Dan turut  memudahkan Sancho mendapatkan kelab baharu.foro: Pinterest Foto: Pinterest

Masalahnya kini pemain itu sudah beberapa kali menolak beberapa tawaran yang dianggap sangat baik untuk semua pihak. Dan United sanggup menanggung rugi daripada harga yang diletakkan.

Sancho tidak mahu mengurangkan gajinya, antara masalah pertama yang muncul. Seterusnya pemain itu masih menunggu kelab besar – iaitu kelab dalam senarai 10 terbaik dunia – datang membelinya.

Malangnya setakat ini tiada kelab elit yang tertarik dengan Sancho.

Beberapa hari lalu, United menerima tawaran daripada AS Roma yang mahu meminjam Sancho dan sanggup membayar £20 juta untuk pembelian tetap pemain itu.

Namun pemain itu menolaknya kerana menantikan tawaran lebih baik. Tindakan Sancho dianggap menyusahkan kelab. Pemain itu sebelum ini menegaskan dia hanya akan berpindah jika berpuas hati dengan terma peribadi.

United masih berharap akan dapat menjual Jadon Sancho dan beberapa lagi pemain lain dalam jendela perpindahan kali ini.