Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh meletakkan sasaran untuk layak ke saingan Piala Dunia Hoki 2026 yang bakal berlangsung di Belgium dan Belanda pada Ogos nanti.

Untuk memastikan impian tersebut direalisasikan, skuad negara akan berjuang dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Mesir pada 1 hingga 8 Mac ini.

Kem negara sudah terbang ke Ismaila, Mesir untuk menghadapi cabaran Austria, Pakistan dan China dalam kumpulan B.

Berdasarkan format, pasukan yang menamatkan saingan di tiga kedudukan teratas akan mara secara automatik ke Piala Dunia.

Sehubungan dengan itu, Sarjit mahu anak buahnya mempamerkan aksi terbaik untuk mara ke final sekali gus memastikan kemaraan ke saingan paling berprestij tersebut.

“Kita patut berada di final kerana kita mempunyai pemain (yang bagus) dan mereka telah bekerja keras. Mara ke perlawanan akhir kelayakan akan memastikan tempat kita di Piala Dunia.”

“Apabila anda bermain untuk tempat ketiga dan keempat, ia akan menjadi satu lagi tekanan.”

“Kami juga berada dalam keadaan yang kurang menguntungkan memandangkan perlawanan di tempat lain, iaitu satu lagi kelayakan di Chile akan turut bermula pada 1Mac,” ujar beliau menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Konfederasi Hoki Malaysia.

Menurut Sarjit lagi, barisan anak buahnya semakin menunjukkan peningkatan terutamanya dari aspek kecergasan dan daya tahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Berikut merupakan senarai penuh pemain hoki negara yang bakal beraksi di Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 nanti:

Skuad Hoki Negara

Penjaga gol

1) Muhammad Hafizuddin Othman

2) Adrian Andy Albert

Pertahanan

3) Muhammad Marhan Mohd Jalil

4) Muhammad Amirul Hamizan Azahar

5) Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan

6) Faiz Helmi Jali

7) Andywalfian Jefrynus

8) Azimuddin Syakir Kamaruddin

9) Syarman Mat Tee

Tengah

10) Mohd Fitri Saari

11) Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi

12) Shello Silverius

13) Muhammad Shafiq Hassan

14) Muhajir Abdu Rauf

15) Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari

Penyerang

16) Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

17) Norsyafiq Sumantri

18) Mohamad Ashran Hamsani

19) Mohammad Akhimullah Anuar Esook

20) Faizal Saari

21) Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar

Sumber