Selangor FC (SFC) mengumumkan sudah mengemukakan permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim.
Menurut kenyataan rasmi, permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan susulan kejadian serangan asid ke atas tonggak SFC, Faisal Halim baru-baru ini.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
“Rentetan beberapa isu dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, pihak Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)dan Malaysian Football League (MFL) untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024.
“Kami berharap faktor-faktor yang dinyatakan dalam surat permohonan tersebut akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak FAM dan MFL,” kata kenyataan rasmi kelab.
𝗖𝗟𝗨𝗕 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧
Request for the postponement of the 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝙎𝙪𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙞𝙝 2024 match.#SFC #MKLK#MerahKuning#LambangKebanggaan pic.twitter.com/DmDHizM1kN
— Selangor FC (@selangorfc) May 7, 2024
Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.
Kejadian yang menimpa Faisal ini mengejutkan peminat bola sepak tanah air dimana rata-rata dari mereka berasa geram dan kesal kerana pemain itu diperlakukan dengan tidak sepatutnya.
Oleh itu, ramai yang mencadangkan agar MFL menunda perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim ini sebagai langkah melindungi semua pihak yang berada dalam kelab.
Dalam perkembangan lain, keadaan Faisal Halim kini ditahap yang amat membimbangkan apabila dilaporkan berisiko bersara awal daripada sukan bola sepak menurut laporan media tempatan.