Ketua jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakphol Sainetngam telah mengumumkan senarai akhir 14 pemain yang bakal beraksi pada Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup Kuantan bermula esok.

14 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab negara nanti ialah Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln, Zainulzahin Sinuan, Mohd Firdaus Ambiah, Ahmad Harith Na’im Nasir, Mohamad Danial Abdul Dain, Muhammad Saad Abdul Sani, Mohd Ridzwan Bakri, Mahadir Harahap Khairuddin, Muhammad Faris Mohd Johan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin,Syed Shahrul Niezam Syed Abdul Rahim, Mohamad Awalluddin Mat Nawi dan Muhammad Ekmal Shahrin.

Baca Juga:

Daripada senarai awal 20 orang pemain yang dikeluarkan pada 26 Ogos lalu, enam pemain telah diketepikan selepas penilaian dibuat Rakphol bersama barisan kejurulatihannya.

Senarai Akhir Skuad Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia Futsal 2026
Kredit Foto: FAM

Malaysia Persiapkan Pasukan Di Bangkok

Selepas lapan hari menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, skuad negara telah terbang ke Bangkok untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan di sana.

Skuad Malaysia tewas 1-2 berdepan Chonburi Bluewave dan 2-4 ketika berhadapan skuad kebangsaan Thailand.

Bagi perlawanan kelayakan Kumpulan G itu nanti, Malaysia dijadual bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi perlawanan pertama pada Sabtu, 20 September, diikuti aksi berikutnya bertemu Bangladesh pada Isnin, 22 September dan Iran pada Rabu, 24 September.

Kelayakan ini adalah untuk memilih lapan juara kumpulan dan tujuh pasukan tangga kedua terbaik kerana satu lagi slot sudah diisi Indonesia selaku tuan rumah.