Debaran aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan semakin dirasakan apabila perlawanan pembukaan bakal berlangsung pada 20 September nanti.

Skuad negara yang dibimbing Rakphol Sainetngam akan berhadapan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pertama.

Baca Juga:

Dua hari kemudian skuad negara berdepan cabaran Bangladesh dan gergasi futsal dunia, Iran bakal menanti mereka pada 24 September.

Piala Asia Futsal
Kredit Foto: FAM

Kesemua perlawanan melibatkan skuad futsal negara akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Kehadiran penyokong dijangka memainkan peranan besar dalam menyuntik motivasi buat pemain negara.

Sokongan di gelanggang sendiri pastinya menjadi kelebihan tambahan ketika Malaysia berdepan jadual padat sepanjang tempoh kelayakan ini.

Tiket Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 Mula Dijual

Sehubungan dengan itu, tiket perlawanan kini sudah mula dijual secara dalam talian bagi memberikan peluang kepada para peminat futsal tanah air untuk hadir menyaksikan detik penting ini.

Tiket Aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 Di Kuantan Sudah Mula Dijual
Kredit Foto: FAM

Menurut pengumuman rasmi dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), harga tiket yang ditetapkan ialah RM35 bagi dewasa manakala tiket kanak-kanak (berumur 5 hingga 17 tahun) berharga RM15.

Kemasukan adalah percuma bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka hanya perlu membawa kad OKU dan boleh terus masuk melalui Pintu B.

Para penyokong sudah boleh mendapatkan tiket bagi semua perlawanan Kelayakan Piala Asia Futsal 2025 menerusi laman sesawang rasmi Tickethotline.

Kelayakan ini adalah untuk memilih lapan juara kumpulan dan tujuh pasukan tangga kedua terbaik kerana satu lagi slot sudah diisi Indonesia selaku tuan rumah.

Kali terakhir Malaysia beraksi dalam saingan tersebut adalah pada edisi 2018 di Chinese Taipei.

 

 

 

Sumber