Senarai calon berprofil tinggi bagi Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bangkok 2026 telah diumumkan hari ini, dengan majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 19 November nanti.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan AFC sebentar tadi, edisi ke-30 majlis anugerah berprestij itu akan berlangsung di Thailand buat kali kedua selepas Bangkok menjadi tuan rumah pada 2017.

Teater Aksra Theatre King Power yang terkenal dengan seni binanya yang unik sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran majlis tersebut.

Barisan pemain terbaik benua Asia akan menerima pengiktirafan menerusi 19 kategori anugerah pada majlis gilang-gemilang itu, dengan tumpuan utama diberikan kepada anugerah Pemain Terbaik Tahunan.

Penyandang dari Arab Saudi, Salem Al Dawsari akan bersaing bersama penjaga gol Iran yang beraksi bersama Tractor FC, Alireza Beiranvand dan Feras Al Brikan dari Al Ahli Arab Saudi.

Manakala pemain Australia, Holly McNamara (Everton) bersama-sama Kim Kyong Yong (Naegohyang Women’s FC- DPR Korea) dan pemain kelahiran Korea Selatan yang mewakili Suwon Womens, Kim Hye-ri pula memburu gelaran Pemain Wanita Terbaik AFC.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersenarai untuk merebut Persatuan Ahli AFC Terbaik bagi kategori Gold.

Berikut merupakan senarai lengkap senarai calon bagi Anugerah AFC 2026:

Anugerah AFC 2026

Pemain Terbaik (Lelaki)

1) Alireza Beiranvand (Iran) – Tractor
2) Feras Al Brikan (Arab Saudi) – Al-Ahli
3) Salem Al Dawsari (Arab Saudi) – Al- Hilal

Pemain Terbaik (Wanita)

1) Holly Mcnamara (Australia) – Wanita Everton
2) Kim Kyong Yong (DPR Korea) – Wanita Naegohyang
3) Kim Hye- Ri (Korea Selatan) – Wanita Suwon

Pemain Antarabangsa Asia Terbaik (Lelaki)

1) Ayase Ueda (Jepun) – Lille
2) Hwang In-Boem (Korea Selatan) – Porto
3) Lee Kang-In (Korea Selatan) – Atletico Madrid

Pemain Antarabangsa Asia Terbaik (Wanita)

1) Alanna Kennedy (Australia) – London City Lionesses
2) Caitlin Foord (Australia) – Wanita Arsenal
3) Yui Hasegawa (Jepun) – Wanita Manchester City

Pemain Muda Terbaik (Lelaki)

1) Maki Kitahara (Jepun) – FC Tokyo
2) Rion Ichihara (Jepun) – AZ Alkmaar
3) Ryunosuke Sato  (Jepun) – Valencia

Pemain Muda Terbaik (Wanita)

1) Kim Won Sim (DPR Korea) – 4.25 SC
2) Yu Jong Hyang (DPR Korea) – 4.25 SC
3) Noa Fukushima (Jepun) – JFA Academy Fukushima

Jurulatih Terbaik (Lelaki)

1) Joseph Montemurro (Australia) – Wanita Kebangsaan Australia
2) Go Kuroda (Jepun) – FC Machida Zelvia
3) Sadayoshi Shirai (Jepun) – Jepun B-17 Wanita

Jurulatih Terbaik (Wanita)

1) Ma Xiaoxu (China) – China PR B-17 Wanita
2) Marziyeh Jafari (Iran) – Wanita Bam Khatoon
3) Park Youn-Jeong (Korea Selatan) – Korea B-20 Wanita

Pemain Futsal Terbaik

1) Hossein Tayebi (Iran) – Gohar Zamin
2) Saeid Ahmad Abbasi (Iran) – Giti Pasand
3) Muhammad Osamanmusa – Jimbee Cartagena

Persatuan Ahli AFC Terbaik

Platinum 

1) Persatuan Bola Sepak Jepun
2) Persatuan Bola Sepak Jordan
3) Persatuan Bola Sepak Arab Saudi

Diamond

1) Persatuan Bola Sepak China
2) Persatuan Bola Sepak Thailand
3) Persatuan Bola Sepak Vietnam

Gold

1) Persatuan Bola Sepak Seluruh India
2) Persatuan Bola Sepak Hong Kong China
3) Persatuan Bolasepak Malaysia

Ruby 

1) Persatuan Bola Sepak Bangladesh
2) Persatuan Bola Sepak Guam
3) Persatuan Bola Sepak Laos

Persatuan Serantau Terbaik

1) Persekutuan Bola Sepak ASEAN
2) Persatuan Bola Sepak Asia Tengah
3) Persatuan Bola Sepak Asia Selatan

Anugerah Penghargaan Presiden AFC Bagi Bola Sepak Akar Umbi

Gold

1) Bola Sepak Australia
2) Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran
3) Persatuan Bola Sepak Jepun

Silver 

1) Persatuan Bola Sepak Bangladesh
2) Persatuan Bola Sepak Guam
3) Persatuan Bola Sepak Seluruh India

Bronze

1) Persekutuan Bola Sepak Kemboja
2) Persatuan Bola Sepak Indonesia
3) Persekutuan Bola Sepak Myanmar

Sumber