Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) menyediakan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di lokasi terpilih untuk orang ramai menonton aksi Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 sambil memberikan sokongan padu.

Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.

Baca Juga:

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon dijadualkan menentang Oman untuk aksi kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 22 Mac di tempat lawan dan 26 Mac di tempat sendiri.

Perlawanan pertama (22 Mac) akan berlangsung pada jam 2 pagi, awal pagi Jumaat ini (waktu Malaysia) manakala aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa (26 Mac), jam 10 malam.

Ini senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS:

  1. Kuala Lumpur: Dataran Merdeka
  2. Selangor: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  3. Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
  4. Perlis: Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  5. Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Johor: Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
  7. Penang: Padang Kota Lama, Georgetown
  8. Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya
  9. Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan N. Sembilan, Paroi
  10. Melaka: Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
  11. Kelantan: Politeknik Kota Bharu
  12. Terengganu: Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  13. Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
  14. Sarawak: Dataran Perayaan, Kuching
  15. Sabah: Padang Ragbi ERC, Bandar Utama, Sandakan
  16. Labuan: Muzium Marin, Labuan

Ketika ini, skuad bimbingan Kim Pan Gon mendahului Kumpulan D dengan enam mata sementara Oman di tangga kedua dengan tiga mata.

Harimau Malaya akan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 secara automatik jika berjaya mencatat dua kemenangan ke atas Oman.