Debaran kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 semakin dirasakan dengan saingan akan bermula pada 7 Januari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Selepas Datuk Lee Chong Wei menjadi pemenang terakhir dari Malaysia yang mengungguli kejohanan di laman sendiri itu pada tahun 2018, wakil negara selepas itu gagal untuk mengulangi pencapaian sama.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025
- Tiket Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 Sudah Mula Dijual
- Ini Pemain Badminton Yang Menerima Hadiah Keseluruhan Tertinggi Pada 2024
Dengan semangat tahun baharu dan selaku pembuka tirai saingan, ia pasti meningkatkan moral para pemain Malaysia untuk mencipta kenangan indah di hadapan penyokong sendiri.
Lee Zii Jia pada mulanya bakal mengetuai cabaran negara tetapi beliau terpaksa menarik diri kerana kecederaan dialami pada BWF World Tour Finals 2024 masih belum pulih sepenuhnya.
Pada edisi kali ini menurut sumber laman sesawang rasmi pertandingan BWF, Malaysia mempunyai 17 wakil dimana acara beregu lelaki menampilkan wakil paling ramai.
Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia dalam kejohanan badminton yang berstatus Super 1000 itu:
Perseorangan lelaki
1) Leong Jun Hao
Perseorangan wanita
2) Goh Jin Wei
Beregu lelaki
3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (3)
4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik (5)
5) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
6) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
8) Junaidi Arif-Yap Roy King
Beregu wanita
9) Pearly Tan-M. Thinaah (3)
10) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien
11) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
12) Ong Xin Yee-Carmin Ting
Beregu campuran
13) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (3)
14) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (4)
15) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
16) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
17) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
*Dalam kurungan merupakan pemain pilihan kejohanan.