Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat iaitu Ridzuan Hashim semalam dan ramai orang memuji bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Didie Alias yang menguruskan urusan jenazah.

Terbaharu, anak Allahyarham iaitu Muhammad Dhanial meluahkan rasa terkilan kerana perkahwinannya pada 20 Mei ini bakal berlangsung tanpa kehadiran bapa tercinta.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, Didie Alias memberitahu bahawa Dhanial telah pun menyediakan tiket penerbangan dan baju untuk Allahyarham namun Allah SWT lebih menyayanginya.

“Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya.” kata Didie.

Didie turut meluahkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama keluarga tersayang sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Sekadar makluman, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.