Sebuah simulasi supercomputer yang dikeluarkan oleh laman bola sepak ternama dunia telah mengeluarkan ramalan mengenai peluang pasukan Malaysia untuk menjulang trofi Piala Asia 2023.

Simulasi tersebut dikeluarkan oleh Opta, sebuah laman yang sering berkongsi data dan statistik mengenai bola sepak dimana menurut data yang dihasilkan oleh mereka, Malaysia mempunyai peluang rendah untuk memenangi Piala Asia 2023.

Baca Juga:

Malaysia Piala Asia 2023
Sumber Gambar: Opta

Ada empat pasukan yang mempunyai peluang sama dengan Malaysia iaitu Kyrgyzstan, Indonesia dan Hong Kong dimana empat pasukan ini mempunyai 0.2 peratus untuk muncul sebagai pemenang.

Supercomputer Opta memilih Jepun sebagai pasukan pilihan untuk memenangi temasya kali ini dimana mereka menilai berdasarkan prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pasukan itu ketika perlawanan persahabatan antarabangsa.

Korea Selatan menjadi pasukan pilihan kedua dengan 14.3 peratus peluang diikuti Iran dengan 11.2 peratus dan Australia dengan 10.7 peratus.

Opta meramal pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Qatar akan berdepan kesukaran untuk mempertahankan kejuaraan mereka dimana pasukan itu hanya mempunyai 9.8 peratus peluang untuk muncul juara.

Apa yang pasti, ini hanyalah ramalan yang dikeluarkan berdasarkan kekuatan pasukan, raking serta prestasi semasa ketika aksi persahabatan antarabangsa.

Apa sahaja boleh berlaku dalam temasya edisi kali ini dan pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon perlu menampilkan prestasi terbaik sepanjang berada di Qatar.

Malaysia akan membuka tirai saingan kumpulan E menentang Jordan pada 16 Januari ini pada pukul 1:30 pagi diikuti dengan perlawanan menentang Bahrain pada 20 Januari pada pukul 10:30 malam.

Pasukan negara akan menutup tirai saingan peringkat kumpulan dengan menentang Korea Selatan pada 25 Januari pada pukul 7:30 malam.