Ketika ini, media sosial juga menjadi medium untuk kita berkenalan dengan orang baru dan juga merapatkan hubungan dengan orang yang jauh di mata.

Terbaharu, seorang wanita telah berkongsi dalam satu hantaran di laman X dimana memaparkan beberapa tangkap layar perbualannya bersama seorang individu yang membuatnya rasa kurang selesa.

Baca Juga:

Menerusi tangkap layar terbabit, lelaki itu telah menghantar pesanan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan lebih mengerikan adalah individu itu dipercayai seorang polis.

Disebabkan berasa kurang selesa, maka wanita itu mengatakan mahu membuat laporan polis berhubung gangguan yang dilakukan oleh lelaki terbabit tetapi seolah-olah diremehkan polis miang itu.

Dalam hantaran terbabit, wanita itu berasa tidak selamat kerana polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tetapi apa yang berlaku membuatnya berasa tidak selamat.

Pendedahan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mempertikaikan bagaimana individu terbabit boleh menjadi seorang anggota polis.

Malah, para netizen menggesa pihak polis menyelidiki hal ini dan mengambil tindakan terhadap anggota terbabit kerana mencemarkan nama baik polis.