Ketua jurulatih skuad kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini dianggap biadap kerana meninggalkan bangku simpanan awal selepas pasukannya tewas kepada Korea Selatan dalam temasya Piala Asia 2023 Qatar.
Arab tewas menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi peringkat 16 pasukan terakhir selepas seri 1-1 ketika masa sebenar permainan.
Baca Juga:
- Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia
- TERKINI: Al-Hilal Tamatkan Kontrak Neymar
- Piala Asia 2023: Korea Selatan Hantar Arab Saudi Pulang
Sebelum Hwang Hee-chan mengambil sepakan penalti terakhir untuk meletakkan Korea Selatan ke suku akhir dengan kemenangan penentuan 4-2, Mancini mula berjalan menuruni terowong dan terus menuju ke bilik persalinan.
Shameful act. Roberto Mancini, a Serie A champion, a Premier League champion, a European champion, can’t respect his players and the country he represents until the end of the penalty shootout. If I’m the Saudi FA, he’s out tonight. #AsianCup2023
pic.twitter.com/81Y5mjXjpA— Uri Levy (@Levyninho) January 30, 2024
Tindakan ini mendapat kecaman dari wartawan dan juga presiden FA Arab Saudi dimana badan itu akan memanggil Mancini dan meminta penjelasan mengenai tindakan beliau.
“Tindakan jurulatih sama sekali tidak boleh diterima, dan kami akan berbincang dengannya mengapa ini berlaku. Beliau mempunyai hak untuk menjelaskan pandangannya, dan kemudian kami akan memutuskan tindakan yang sesuai,” kata Yasser al-Misehal, presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.
Sebelum temasya bermula, Roberto Mancini mendapat kritikan selepas beliau meninggalkan tiga pemain bintang pasukan iaitu Salman al-Faraj, Sultan al-Ghannam dan Nawaf al-Aqidi.
Bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan itu menuduh ketiga-tiga mereka cuba memilih dan memilih perlawanan mana yang mereka mahu diturunkan. Kini, Mancini juga dituruh tidak mempunyai komitmen terhadap pasukan negara itu.
Selepas tewas kepada Korea, Mancini menegaskan beliau sedih tetapi dalam masa yang sama gembira selepas melihat prestasi yang ditampilkan oleh pemainnya.
“Saya sangat gembira, saya sangat sedih. Saya sangat gembira kerana kami banyak meningkat. Kami bekerja selama sebulan bersama dan ini sangat penting. Sekarang kita satu pasukan. Jelas sekali kami perlu menambah baik lagi. Tumpuan kini adalah untuk layak ke Piala Dunia 2026 kemudian membuat persiapan untuk Piala Asia 2027, yang akan menjadi tuan rumah Arab Saudi,” katanya.