Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan, sebelum sebutan semula kes pengabaian ke atas Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mateen, hari ini, lapor Harian Metro.

“Ya, saya tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan (Ismanira Abdul Manaf). Tugas saya hanya sampai di sini. Semoga ada keadilan buat arwah. #Justice4ZaynRayyan,” katanya.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya lagi, beliau tidak pasti sama ada Ismanira akan diwakili peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili suaminya.

“Itu terserah kepada mereka. Tugas saya hanya sampai di sini.

“Saya rasa, saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” jelasnya beliau.

Pada 4 Jun lalu, Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan tidak lagi mewakili mereka berdua bermula tempoh itu.

Selang beberapa hari kemudian, beliau kembali menjadi peguam kedua-dua tertuduh tersebut berdasarkan pertimbangannya selepas berjumpa dengan keluarga.

Sumber