Pada akhir bulan lalu, kumpulan rock dari British, Coldplay akhirnya berjaya memecahkan rekod biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mencatatkan 75,000 kehadiran di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ).

Bagaimanapun rekod tersebut telah dipecahkan oleh para penyokong kelab boleh sepak tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu yang beraksi bagi memburu kejuaraan Piala Malaysia malam semalam — di mana JDT terus mendominasi saingan bola sepak tanah air selepas menjuarai Piala Malaysia 2023 hasil kemenangan 3-1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Stadium Astro, kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia malam tadi mencatatkan kehadiran penyokong yang jauh lebih tinggi, iaitu seramai 80,550 orang penonton didaftarkan.

Terdahulu, rekod 2004 yang dipegang Siti Nurhaliza dengan kehadiran 70,000 lebih penonton akhirnya dipecahkan oleh Coldplay pada 22 November lalu.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza ada memuat naik satu ciapan di mana beliau berhasrat mengulangi sejarahnya menakluki Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau memberi bayangan bahawa perkara itu boleh jadi kenyataan atau sebaliknya sebelum bersara dari industri buat selamanya.

Sumber