Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC (SFC), Dr. Johan Kamal Hamidon mendedahkan dia dan beberapa pegawai SFC telah menerima ugutan bahawa mereka mungkin bakal menjadi sasaran simbah asid yang seterusnya.
Disebabkan itu, Johan telah memfailkan laporan polis mengenai ugutan tersebut kerana bimbang dengan keselamatannya selepas diberi amaran oleh individu yang tidak dikenali.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
“Ada satu atau dua pegawai yang berisiko dapat peringatan atau diminta berhati-hati kerana dia mungkin menjadi sasaran seterusnya, perkara semacam itu.
“Jadi saya rasa laporan yang perlu telah dibuat oleh pegawai-pegawai itu kepada polis hanya sebagai perlindungan, untuk berhati-hati,” katanya dipetik dalam Malaysiakini.
A string of assaults and threats against players and officials over the past month has marred the “beautiful game” of football in Malaysia.
Selangor FC star Faisal Halim became the victim of an acid attack, and then the club’s CEO Johan Kamal Hamidon revealed that he and other… pic.twitter.com/vDTkAOAMjq
— malaysiakini.com (@malaysiakini) May 16, 2024
Sebelum ini, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah asid sehingga melecur ke tahap empat pada minggu lalu.
Namun, Johan menyifatkan kes Faisal berbeza dengan Akhyar Rashid yang turut diserang dan disamun oleh beberapa individu di Kuala Terengganu.
“Apabila Faisal Halim diserang asid, itu jelas magnitud yang sangat berbeza, sama sekali berbeza dengan Akhyar Rashid.
“Dia menjadi sasaran dan dia diserang dengan asid. Dan ia pastinya satu tindakan yang berpotensi membunuhnya atau mencederakannya dengan cara yang sangat serius.
“Ia bukan rompakan, atau apa-apa perkara lain, kan? Jadi ia hanya berpotensi membuatnya terluka dan mengambil nyawanya. Jadi di situlah keadaan menjadi sangat serius.
“Selepas itu, saya rasa kelab terus meningkatkan keselamatan kami dan kami sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan itu kerana ini belum pernah berlaku di Malaysia,” tambahnya.