Shah Alam City yang bakal beraksi dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 baharu sahaja mengumumkan kehadiran pemain import kelahiran Brazil, Kelwin Soares.

Ia memberikan gambaran jelas bahawa skuad kendalian legenda futsal negara, Muizzuddin Harris itu mahu menghadirkan sesuatu pada penampilan ketiga kelab tersebut dalam kempen MPFL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berusia 25 tahun, Kelwin atau mesra dengan panggilan Keel dalam kalangan rakan sepasukannya hadir dengan reputasi hebat apabila pernah menyarung jersi pasukan dalam saingan Liga Futsal Brazil iaitu Pato Futsal dan Joacaba.

Malah, bekas pemain skuad bawah 17 tahun Brazil itu turut pernah merasai pengalaman beraksi di dua negara gergasi futsal dunia, Portugal dan Iran.

Melihatkan kepada aksinya, Keel merupakan pemain yang cukup lincah dimana kaki kirinya menjadi senjata buat beliau dalam usaha merobek gawang pasukan lawan.

Dengan pengalaman dimiliki di Brazil, Portugal dan Iran, Keel boleh disifatkan sebagai antara pemain yang berada di kemuncak prestasi pada ketika ini.

Ditanya faktor yang membuatkan beliau memilih untuk berhijrah ke Shah Alam City, ini alasan utama Kelwin Soares dalam membuat keputusan tersebut.

“Apa yang membuatkan saya datang ke Malaysia ialah cara liga di sini berkembang. Malah, saya turut mendapat rujukan yang positif daripada rakan-rakan yang bermain di sini.”

“Anda boleh yakin bahawa ini juga adalah satu lagi impian yang menjadi kenyataan,” ujar Keel bercakap kepada wakil The Vocket.

“Saya melihat mereka [rakan sepasukan di Shah Alam City] merupakan pemain-pemain yang berkualiti. Sekumpulan pemain yang mempunyai keinginan untuk menang.”

“Saya percaya sekiranya kami dapat berkembang ke arah tuju yang sama, pasukan kami akan pergi jauh! Saya percaya bahawa matlamat semua orang adalah mengimpikan untuk menjuarai liga.”

“Dan bagi saya ia tidak berbeza, saya akan memberikan segalanya pada setiap perlawanan, bersama-kami untuk mencapai kejayaan,” tambah beliau lagi.