Badminton Berpasukan Piala Thomas 2024, Kumpulan D – Denmark vs Malaysia [30 April 2024, 5:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan Badminton Piala Thomas 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Astro Supersport (811/814)
  2. Astro Arena (801/802)
  3. TV Okey (110)
  4. Sukan RTM (111)

Saluran berbayar, Astro turut menyiarkan perlawanan Piala Thomas 2024 menerusi Arena dan  Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara percuma di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Malaysia menurunkan barisan yang sama ketika menentang Hong Kong beberapa hari lepas.

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia akan memulakan aksi pertama menentang Viktor Axelsen sebelum gandingan beregu, Aaron Chia-Wooi Yik turun menentang Kim Astrup-Anders Rasmussen.

Kemudian, giliran Leong Jun Hao turun sebagai perseorangan kedua menentang Anders Antonsen.

Gandingan Nur Izzuddin-Sze Fei beraksi sebagai beregu kedua dan bakal menentang Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard sebelum Justin Hoh melengkapkan aksi kelima dengan menentang Rasmus Gemke.

Kemenangan ke atas Denmark untuk penentuan juara kumpulan D selepeas kedua-dua pasukan mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir Piala Thomas 2024.