Ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam memuji barisan anak buahnya yang beraksi cukup baik ketika bertemu Thailand pada aksi kedua Kejuaraan Futsal NSDF 2024, semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Nonthaburi itu menyaksikan Thailand berhempas-pulas mengekang asakan terutamanya pada lewat permainan untuk menang 2-1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tuan rumah mendahului 2-0 menerusi Apiwat Chamcharoem (minit kelima) dan Alongkorn Janphon (minit ke-29) manakala Awalluddin Mat Nawi merapatkan defisit jaringan ketika aksi memasuki minit ke-33.

Sedar hakikat Thailand yang pernah dibimbingnya merupakan pasukan kuat dan cukup berkualiti, Rakphol tidak menolak hakikat bahawa Malaysia juga berada di landasan terbaik untuk terus menyaingi lawan tersebut.

“Ini adalah satu perlawanan yang menyeronokkan untuk ditonton. Pasukan Thailand bermain dengan sangat baik, ia adalah satu kerja yang sukar buat kami.”

“Tetapi anda mesti melihat juga pemain Malaysia yang tampil cukup berani dan melakukannya dengan cukup baik hari ini (semalam).”

“Walaupun kami tewas, ia merupakan pengalaman berharga buat para pemain. Matlamat pada kejohanan ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada pemain di pentas aksi antarabangsa.”

“Hari ini saya rasa pasukan kebangsaan Thailand akan kembali menjadi kuat seperti kebiasaan. Malaysia juga pada ketika ini sedang membangun dengan baik,” ujar Rakphol menurut sumber Futsal Thailand.

Perebutan tempat ke perlawanan akhir akan diteruskan esok dimana Thailand akan bertemu pendahulu saingan, Afghanistan manakala Malaysia pula menanti cabaran Australia.