Selain dikecam berkaitan video penjelasan tidak berkongsi kesedaran isu Palestin, hiasan patung ‘David’ di dalam rumah TikTokers terkenal, Syamimia turut menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Terbaharu, Syamimia dalam satu kenyataan di Instagram, dia tampil memohon maaf kepada orang ramai berhubung kesalahan yang dilakukan dan sekiranya tindakannya itu telah mengguris hati secara tidak sengaja.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
https://www.instagram.com/p/Cy4g7_QPiA5/
“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.
“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan. Saya akui masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.” tulisnya di Instagram.
Menurutnya, setiap isu yang terpalit untuk beberapa hari ini telah mengajar dia untuk lebih peka dengan isu semasa serta menjadikan ia sebagai pengajaran hebat dalam hidup.