Pemain skuad kebangsaan England, Jordan Henderson dilaporan tidak menerima sebarang gaji sepanjang beliau beraksi dalam saingan Saudi Pro League bersama Al-Ettifaq.

Ketika menyertai kelab itu selepas berpisah dengan Liverpool, Henderson menandatangani kontrak yang mana beliau akan menerima gaji sebanyak £350,000 seminggu.

Baca Juga:

Hanya selepas enam bulan, kontrak Henderson bersama Al-Ettifaq ditamatkan dan beliau baru-baru ini sah kembali ke kancah bola sepak Eropah dengan menyertai Ajax Amsterdam.

Terdapat laporan yang mengatakan pemain berusia 33 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan Arab Saudi kerana kesukaran keluarganya menyesuaikan diri dengan negara itu selain faktor lain seperti cuaca panas dan suramnya sambutan daripada peminat.

The Telegraph mendedahkan punca sebenar Henderson tidak mendapat bayaran langsung daripada gaji £350,000 seminggu seperti dijanjikan kerana ia digunakan untuk menjelaskan cukai.

Berdasarkan kontrak yang ditandatangani, pemain itu hanya akan mendapat bayaran penuh gaji mewah yang dijanjikan kepadanya sekiranya beraksi selama 2 tahun di negara itu.

Cukai tersebut wajib dijelaskan untuk membenarkan Henderson kembali ke England dan menyertai skuad kebangsaan Three Lions.

Pada masa ini Henderson diberikan tempoh pro rata 3 minggu sahaja untuk berada di England sehingga urusan pencukaian di Arab Saudi diselesaikan.

Selain Jordan Henderson, pemain bintang lain dilaporkan mahu meninggalkan Arab Saudi kerana masalah sama dan rata-rata daripada mereka mahu kembali beraksi di Eropah.

Bekas penyerang Real Madrid yang kini beraksi bersama Al-Ittihad, Karim Benzema dilaporkan sedang berbincang dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antara kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Benzema ialah Manchester United, Chelsea dan Arsenal.